Pada pelayar web Google Chrome, ketika anda melayari laman web, anda boleh menggunakan kekunci pintas backspace (undur-ruang) untuk kembali ke halaman yang dilayari sebelumnya. Kekunci pintas berkenaan telah digunakan oleh kebanyakkan pelayar web untuk bertahun, dan menjadikan ia salah satu kebiasaan dikalangan ramai pengguna.
Namun perkara berkenaan mungkin diubah oleh Google tidak lama lagi. Melalui versi pembangunan terkini, Google telah membuang kekunci pintas berkenaan pada Google Chrome.
Salah satu sebabnya adalah kerana terdapat pengguna yang tertekan butang backspace (undur-ruang) ketika sedang menaip pada borang dalam internet dan ia membawa pengguna ke halaman sebelumnya – sekaligus menyukarkan proses mengisi borang.
Ia dikatakan sekitar hanya 0.04% layaran web di Chrome yang hadir daripada navigasi kekunci pintas berkenaan.
Buat masa ini, Google hanya membuangnya pada versi pembangunan Chrome 52, dan akan melihat maklumbalas pengguna terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkara sama pada pelayar web versi stabil. Ia juga berkemungkinan pihak Google akan mengembalikan kembali fungsi kekunci pintas berkenaan – dan sekiranya ia dibuang juga, tidak mustahil kita melihat sebuah pemalam khusus untuknya ditawarkan pembangun bebas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mungkin Membuang Kekunci Pintas Undur-Ruang Pada Chrome"