Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cradle Melancarkan Saluran Medianya Tersendiri – CradleTV

Semua sedia maklum akan tanggungjawab Cradle sebagai salah satu pemangkin dunia startup tempatan. Mereka menyediakan pelaburan dana awal untuk startup sama ada memulakan idea mereka, atau dalam mengkomersilkan produk mereka. Beberapa tahun yang lalu mereka menggandakan usaha dengan cara pendanaan bersama (Matching Grant) dan pada hari ini mereka telah mengumumkan saluran medianya yang tersendiri iaitu Cradle TV.

Saluran media Cradle TV diwujudkan oleh Cradle bertujuan untuk mengembangkan lagi usaha mereka dalam mempromosi dan melestarikan dunia startup tempatan. Sepertimana yang kita tahu, mungkin terdapat pelbagai rancangan pada saluran TV yang sedia ada yang memfokuskan perniagaan namun rancangan sebegini biasanya hanya terdapat pada waktu tertentu, dan bukan sepanjang masa seperti Bloomberg, Thomson Reuters dan sebagainya. Untuk pasaran tempatan, terdapat saluran seperti Bloomberg Malaysia dan CapitalTV yang lebih menyasarkan dunia usahawan secara am. Melalui CradleTV, penekanan kandungan lebih diberikan kepada startup, dimana berita dan video yang diterbitkan mereka lebih mesra untuk golongan ini.

cradletv

CradleTV akan diusahakan oleh pasukan mereka sendiri dan juga hasil perkongsian dari media yang lain. Selain dari berita dan kandungan video, akan terdapat rancangan yang dihasilkan sendiri oleh mereka dalam mendidik pengguna mengenai dunia startup. Anda boleh mengikuti CradleTV menerusi halaman rasmi mereka, dan juga kemaskini menerusi Twitter, Instagram, dan juga Facebook.

Layari: CradleTV

Baca: Bagaimana Cradle Bermula



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cradle Melancarkan Saluran Medianya Tersendiri – CradleTV"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info