Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Seumpama Amazon Echo Dan Google Home

Amazon telah sedia memperkenalkan sebuah speaker pintar yang membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara dan menerima jawapan untuknya tidak lama sebelum ini. Langkah berkenaan turut diikuti oleh Google melalui Google Home yang dijana Google Asisstant. Kini, pihak Apple turut dikatakan sedang membangunkan sebuah peranti yang lebih kurang sama.

Google Home

Peranti ini dikatakan akan dijana menggunakan Siri, dan boleh digunakan untuk membuat beberapa tugasan dan mendapatkan maklumat semasa, termasuk melakukan perkara seperti mematikan lampu atau memulakan muzik.

Apple juga dikatakan akan lebih menjadikan Siri terbuka bagi membolehkan pembangun lain untuk mengintegrasikan aplikasi dan penawaran mereka bersama pembantu maya berkenaan.

Untuk makluman, topik kecerdasan pintar telah menjadi fokus ramai syarikat teknologi pada tahun ini, dan Apple boleh dikatakan sedikit tertinggal dalam arena ini jikalau berbanding dengan yang lain. Mungkin pihak Apple akan berkongsi lanjut mengenainya pada WWDC yang dijadualkan pada bulan Jun 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Seumpama Amazon Echo Dan Google Home"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info