Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Mengaktifkan Sokongan Penyulitan Untuk Semua Pengguna

WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular, dan semestinya terdapat beberapa pihak yang ingin melihat mesej yang dihantar dan diterima oleh seseorang. Kini, dengan pelbagai perbincangan mengenai privasi dan sekuriti, hari ini, WhatsApp telah mengaktifkan sokongan penyulitan kepada semua pengguna mereka.

Dengan mengaktifkan sokongan penyulitan ini, hanya penghantar dan penerima sahaja yang boleh membaca mesej yang dihantar dan diterima – termasuk teks, gambar mahupun panggilan suara.

Fungsi ini diaktifkan untuk semua pengguna WhatsApp, dan tidak sesiapa yang dapat mengakses kandungan yang dihantar – walaupun pekerja WhatsApp sendiri.

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan penyulitan ini secara berperingkat sejak beberapa tahun lepas, dan bermula hari ini, semua pengguna perkhidmatan mereka melalui fungsi penyulitan ini.

*Penyulitan = Penukaran data sensitif kepada bentuk kod sulit untuk membolehkan data dikirim dengan selamat tanpa difahami oleh pihak lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Mengaktifkan Sokongan Penyulitan Untuk Semua Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info