Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan PS4 Remote Play Untuk Mac Dan Windows Akan Hadir Melalui Kemaskini PS4 Esok

Bagi beberapa pemilik PlayStation 4, ada yang menantikan sokongan Remote Play bagi membolehkan anda bermain permainan PlayStation 4 terus melalui komputer anda. Selepas berkongsi mengenainya pada awal bulan Mac lepas, terkini Sony mengumumkan mereka akan memperkenalkan sokongan tersebut melalui kemaskini PlayStation 4 esok.

PS4 Remote Play

Fungsi baru ini akan hadir melalui PS4 3.5 System Update yang dijadualkan diperkenalkan bermula esok. Ia akan menyokong sistem operasi Windows 8.1 dan terkini, serta OS X 10.10 dan terkini. Melaluinya, pengguna akan diperlukan menghubungkan DualShock 4 ke komputer melalui USB untuk mengawal permainan.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga akan membolehkan pengguna melabelkan diri mereka sebagai offline, selain menetapkan menerima notifikasi sekiranya rakan mereka sedang bermain atas-talian.

Bagi anda yang mempunyai PlayStation 4, anda boleh menyemak kemaskini sistem esok, dan mencuba fungsi Remote Play dan pelbagai perkara lain yang dibawakan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan PS4 Remote Play Untuk Mac Dan Windows Akan Hadir Melalui Kemaskini PS4 Esok"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info