Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM Mengeluarkan Kompaun Berjumlah RM510,000 Kepada 6 Syarikat Telekomunikasi

SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sering mengeluarkan kompauan terhadap syarikat telekomunikasi kerana melanggar beberapa perkara dan kerana ketidapatuhan piawaian yang telah ditetapkan.

Terkini, untuk suku pertama 2016 ini, SKMM telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM510,000 terhadap enam syarikat telekomunikasi kerana pendaftaran palsu kad sim prabayar dan juga kerana kualiti perkhidmatan yang tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Untuk kes pendaftaran palsu kad SIM prabayar, Digi telah dikenakan kompaun berjumlah RM200,000, Tune Talk pula berjumlah RM100,000, Merchantrade Asia sebanyak RM100,000 dan juga RM50,000.

Untuk kes perkhidmatan yang tidak mencapai piawaian, ABN telah dikenakan kompaun berjumlah RM20,000, selain Digi, Celcom TT dotcom dan Net2One telah dikenakan masing-masing kompaun berjumlah RM10,000.

Jumlah kompaun yang dikeluarkan pada suku pertama 2016 ini dilihat adalah agak tinggi jikalau dibandingkan dengan tahun 2015 yang lepas. Mungkinkah dengan ini ia akan memperlihatkan syarikat telekomunikasi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak lagi melakukan pendaftaran palsu kad SIM prabayar mereka?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SKMM Mengeluarkan Kompaun Berjumlah RM510,000 Kepada 6 Syarikat Telekomunikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info