Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Kampus Terbaru Google Diperlihatkan – Seakan Khemah Gergasi Dengan Panel Solar Terbina

Siapa di sini tidak mahu bekerja dengan Google. Rekaan pejabat mereka yang ceria dan kelihatan lebih seperti kampus universiti membuatkan rekaan pejabat biasa yang digunakan sekarang terasa seperti sesuai untuk orang gasar. Google mempunyai perancangan untuk membuka sebuah lagi kampus di Mountain View tetapi cadangan mereka ditolak. Rekaan baru terpaksa dihasilkan kerana tapak baru yang dipilih mempunyai ruang yang lebih kecil dari yang diminta.

Kampus-Google-baru-1Rekaan kampus baru mereka kini diperlihatkan dan mengambil inspirasi dari khemah. Ia mempunyai keluasan tapak 600 000 kaki persegi dan mengekalkan konsep pejabat ceria. Kanopi gergasi yang menutup kampus mempunyai panel solar terbina bagi membekalkan sumber kuasa yang mesra alam. Penggunaan basikal digalakkan di kalangan pekerja bagi mengurangkan pencemaran dan menggalakkan kehidupan yang sihat. Konsep khemah diambil kerana ia membenarkan sistem pengudaraan dan pencahayaan semula jadi sekaligus mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik.

Kampus-Google-baru-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Kampus Terbaru Google Diperlihatkan – Seakan Khemah Gergasi Dengan Panel Solar Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info