Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Akan Membolehkan Notifikasi Dari Telefon Android Diperlihatkan Pada PC

Microsoft pada BUILD 2016 telah berkongsi sejumlah berita menarik untuk para pembangun, sekaligus memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh platform Microsoft pada tahun ini. Berkongsi ketika acara yang sama juga adalah salah satu fungsi yang menarik yang dijayakan melalui penggunaan Cortana.

Notifikasi Windows 10

Daripada apa yang diperlihatkan, pengguna hanya perlu mempunyai aplikasi Cortana terpasang pada telefon pintar Android, dan pengguna kelak boleh menerima notifikasi dari telefon Android terus ke komputer Windows 10.

Dengannya, pengguna boleh melihat notifikasi seperti panggilan telefon, permesejan dan pelbagai notifikasi lain. Menariknya, pengguna juga turut boleh membalas notifikasi berkenaan terus daripada komputer mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan menyertakan fungsi ini pada komputer Windows 10.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Membolehkan Notifikasi Dari Telefon Android Diperlihatkan Pada PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info