Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Menaik-Taraf Penawaran Data Untuk Semua Pengguna Sedia Ada Menggumumkan Pakej Baru

Petang semalam, kita telah sedia melihat pakej baru daripada Maxis, iaitu MaxisONE Plan tertiris ke arena web. Hari ini, Maxis telah pun memperkenalkan pakej berkenaan secara rasminya kepada umum.

MaxisONE Plan 2016

MaxisONE Plan baru baru ini hadir dengan penawaran data yang lebih banyak berbanding sebelum ini. Kini, untuk pakej asas MaxisONE Plan 98 ia menawarkan data 5GB, dan meningkat sehingga 20GB untuk MaxisONE Plan 188. Pihak Maxis turut menekankan yang mana pelan baru ini tidak terhad untuk pengguna baru sahaja, sebaliknya semua pengguna sedia ada turut dinaik-taraf kepada pakej ini, dan boleh disemak melalui aplikasi MyMaxis.

MaxisONE Plan 2016

MaxisONE Plan 2016

Bercakap mengenai harga asas yang agak tinggi berbanding pesaing, Maxis mengatakan mereka menawarkan kualiti rangkaian yang lebih baik dan meluas berbannding pesaing yang lain. CEO Maxis turut menyentuh perbezaan harga telekomunikasi adalah lebih kurang dengan harga kereta yang berbeza untuk beberapa jenama walaupun menawarkan fungsi yang sama.

MaxisONE Plan 2016

MaxisONE Plan 2016

MaxisONE Plan ini juga dilihat memfokuskan kepada perkongsian data antara ahli keluarga. Pengguna boleh menambah talian tambahan dibawah MaxisONE Plan utama pada harga tambahan RM48 sebulan yang menawarkan 5GB data dan panggilan dan SMS tanpa had.

Disamping itu, pihak Maxis turut menawarkan data sebanyak 5GB sebulan untuk digunakan bersama-sama perkhidmatan penstriman video seperti iFlix, Viu, dan ErosNow. Penawaran data percuma ini dikatakan akan ditawarkan selama pengguna melanggannya, tetapi pembayaran untuk perkhidmatan seperti iFlix adalah berasingan.

MaxisONE Plan 2016

MaxisONE Plan 2016

Semua pelan baru juga turut tertakluk kepada perkhidmatan perayauan baru Maxis, dimana pengguna boleh membuat panggilan tanpa had dan menggunakan data sedia ada di luar negara (beberapa negara terpilih). Ini sekaligus menjadikan MaxisONE Plan merupakan salah satu pelan yang mungkin sesuai untuk keluarga dan mereka yang sering ke luar negara.

MaxisONE Plan 2016

Jadi, dengan penawaran baru ini, apa kata anda mengenainya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Menaik-Taraf Penawaran Data Untuk Semua Pengguna Sedia Ada Menggumumkan Pakej Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info