Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Kini Menawarkan Langganan iFlix Dan Viu Percuma Untuk Dua Bulan

Selepas pelbagai syarikat telekomunikasi menawarkan langganan untuk iFlix, kini pihak Maxis turut menyertainya. Maxis menawarkan langganan percuma selama dua bulan, dan selepas itu pengguna boleh meneruskannya secara terus dengan membayar ia terus menggunakan akaun Maxis atau Hotlink.

Maxis iFlix

Seperti ramai sedia maklum, iFlix menawarkan pelbagai kandungan untuk pengguna strim terus pada web ataupun pada peranti mudah-alih. Melalui penawaran Maxis, selain iFlix, mereka juga menyediakan akses kepada Viu selama dua bulan percuma, dan meneruskan langganannya dengan membayar menggunakan akaun Maxis atau Hotlink.

Untuk makluman, akses yang diberikan ini tidak termasuk penggunaan data, dan ia dikira secara berasingan. Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan WiFi ketika penstriman supaya tidak terpaksa tanggung caj yang tinggi untuk penggunaannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Kini Menawarkan Langganan iFlix Dan Viu Percuma Untuk Dua Bulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info