Sekiranya anda individu urban dari kelas pertengahan, perabot rekaan IKEA ialah pilihan paling mampu milik dan mudah dibeli. Aksesori untuk setiap perabot juga dijual dan boleh digunakan tanpa perlu risau ia serasi ataupun tidak dengan perabot yang sedia ada. Kami aku kondominium kami dipenuhi perabot IKEA kerana rekaan Skandinavia sesuai dengan jiwa minimalis kami. Kini IKEA melangkah setapak lagi bagi memudahkan pelanggan merancang projek ubah suai rumah mereka menggunakan perabot mereka.
Aplikasi realiti maya untuk mengubah suai telah mereka hasilkan untuk HTC Vive. Melalui aplikasi ini pengguna boleh mereka rumah idaman menggunakan perabot IKEA dan kemudian mencuba keserasiannya sebelum dibeli. Pelanggan tidak perlu risau apa yang dibeli tidak sesuai selepas bayaran dilakukan. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma sekarang melalui Steam.
IKEA memang terkenal dengan keberanian mereka menggunakan teknologi baru. Mereka mempunyai perabot dan lampu yang mempunyai pengecas tanpa wayar terbina dan menghasilkan katalog dengan teknologi A.R.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IKEA Menghasilkan Aplikasi Realiti Maya Mengubah Suai Rumah Untuk HTC Vive"