Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HostedNetworkStarter Memudahkan Anda Mengubah PC Anda Menjadi Wifi Hotspot

Pada sistem operasi Windows, anda boleh berkongsi talian internet pada komputer bersama yang lain melalui penggunaan wireless network adapter. Walaubagaimanapun, prosesnya boleh dikatakan agak sukar untuk pengguna umum.

Untuk memudahkan proses ini, kini Nirsoft yang sering menyediakan pelbagai perisian menarik untuk Windows hadir dengan perisian yang dinamakan sebagai Hosted Network Starter.

Hosted Network Starter

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi talian internet pada PC bersama-sama pengguna lain melalui WiFi. Untuk menggunakannya, pengguna perlu menggunakan sistem operasi Windows 7 dan terkini, serta mempunyai wireless network adapter pada komputer mereka.

Sekiranya ada, anda boleh memuat-turun perisian ringkas ini, dan seterusnya menetapkan SSID dan berkongsi rangkaian internet anda berssama pengguna berdekatan yang lain. Anda turut boleh menetapkan berapa peranti maksimum yang boleh berhubung ke rangkaian tersebut.

Muat-Turun Hosted Network Starter 1.0



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HostedNetworkStarter Memudahkan Anda Mengubah PC Anda Menjadi Wifi Hotspot"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info