Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackberry Priv Gagal Meningkatkan Jualan Blackberry Tahun Lalu

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Blackberry kini di tahap kritikal dengan angka jualan yang semakin meredum. Jika dahulu ia adalah antara syarikat pengeluar peranti paling laku jualannya, kini ia gagal bersaing dengan Windows Phone apakan lagi dengan Android dan iOS. Sistem operasi BB10 mereka kini di tangga ke empat paling popular dan Blackberry sendiri akan menumpukan kepada penghasilan peranti Android mulai sekarang.

BlackBerry PrivBlackberry Priv yang mula dijual tahun lalu diharap dapat meningkatkan jualan mereka sekaligus menyelamatkan syarikat dari terus mengalami kerugian. Angka jualan suku ke-empat Blackberry kini diketahui dan ianya amat menyedihkan. Hanya 650000 peranti Blackberry terjual di dalam tempoh ini. Angka ini jauh di belakang jangkaan sekitar 850000 yang diperlukan bagi menyelamatkan syarikat dari gulung tikar. Harga jualan Priv yang terlalu mahal (RM 3600) dipercayai adalah antara sebab mengapa jualan gagal menepati sasaran. Pasaran peranti utama premium masih dikuasai oleh Samsung dan Apple.

Sekiranya jualan gagal dipertingkatkan, mungkin Blackberry terpaksa menutup perniagaan peranti mereka di masa hadapan. Ini disahkan sendiri oleh John Chen, CEO Blackberry tahun lalu. Kepada pemilik Blackberry Priv adakah anda puas hati dengan pembelian anda? Kepada yang berpindah dari Blackberry ke sistem operasi yang lain, adakah anda akan merindui mereka sekiranya Blackberry pupus dari pasaran?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackberry Priv Gagal Meningkatkan Jualan Blackberry Tahun Lalu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info