Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(April Fool) Razer Hadir Dengan Pembakar Roti Yang Direka Khusus Untuk Kaki Game

Ketika anda memainkan permainan video, salah satu perkara yang mungkin anda ingin lakukan adalah makan atau mengunyah sesuatu. Untuknya, kini Razer hadir dengan sebuah produk baru mereka yang memfokuskan kaki game, dinamakan sebagai Project BreadWinner.

Razer BreadWinner

Project BreadWinner merupakan pembakar roti yang direka khusus untuk kaki game, membolehkan mereka mendapatkan tenaga dengan mudah dan meneruskan permainan tanpa masalah.

Daripada bancian yang dijalankan pada laman Razer BreadWinner ini juga, Razer memberikan idea seperti pengguna boleh mendapatkan notifikasi apabila roti selesai dibakar, dan membolehkan pengguna mencetak tag pada roti mereka dengan mudah.

Seperti biasa, ini sekadar jenaka April Fool sahaja, dan kemungkinan produk ini direalisasikan adalah sangat rendah.

Razer BreadWinner



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(April Fool) Razer Hadir Dengan Pembakar Roti Yang Direka Khusus Untuk Kaki Game"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info