Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Ingin Menjual iPhone Terpakai Di Pasaran India

Apple ialah jenama premium dengan peranti yang dijual pada harga yang tidak mampu milik. Di negara sedang membangun seperti di India, iPhone masih dipandang sebagai peranti mewah yang kekal menjadi idaman pengguna yang tidak akan mampu memilikinya. Dari segi pegangan pasaran, Apple hanya memegang 4% jualan pada tahun 2015 di India. Di negara kelahiran Shah Rukh Khan ini, harga purata peranti pintar ialah sekitar $150. Kerajaan India juga mempunyai program Made In India yang memberikan insentif kepada syarikat yang menghasilkan peranti pintar di negara ini.

iPhone Refurbished 2Apple kini bercadang menjual iPhone terpakai mereka di pasaran India. Ini bagi meningkatkan penggunaan peranti iOS dengan peranti yang dijual pada harga lebih mampu milik daripada biasa. Program ini menerima tentangan dari pelbagai pihak di India kerana dikatakan akan membuka pintu kepada pengeluar lain pula untuk membanjiri pasaran India dengan peranti terpakai. Ini sekaligus membuatkan program Made In India tidak lagi relevan. Mengapa pengguna perlu membeli peranti buatan tempatan apabila peranti berjenama seperti Apple boleh dimiliki pada harga yang tidak jauh bezanya?

Di Malaysia pasaran untuk iPhone terpakai adalah amat menguntungkan. Perbezaan yang bakal berlaku di India ialah kesemua peranti terpakai yang dijual adalah terus dari pihak Apple dan pengguna tidak perlu risau dengan kualiti peranti yang dijual.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Ingin Menjual iPhone Terpakai Di Pasaran India"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info