Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Seumpama Uber Akan Dibangunkan Oleh SPAD Untuk Perkhidmatan Teksi

Tunjuk perasaan anti aplikasi perkongsian kenderaan Uber dan GrabCar mencapai kemuncaknya minggu lalu di Kuala Lumpur. Pemandu teksi di ibu negara menghalang trafik di Bukit Bintang sebagai tanda protes kewujudan perkhidmatan yang didakwa menabur pasir ke dalam periuk nasi pemandu teksi. Protes selama beberapa jam mereka ini mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk dan mendapat majoriti reaksi negatif dari rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah bosan dengan kualiti perkhidmatan teksi konvensional.

Pelancaran MyTeksiPihak Suruhanjaya Pengangkatan Awam Darat semalam memaklumkan sebuah aplikasi peranti pintar akan dibangunkan untuk kegunaan pemandu teksi konvensional. Ini diharap akan membantu mereka bersaing dengan Uber dan GrabCar untuk mendapatkan penumpang. Aplikasi ini bakal dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi yang masih belum diumumkan.

Penggunaan aplikasi ini mungkin langkah yang baik untuk mengurangkan kemarahan pemandu teksi tetapi umum diketahui masalah utama mereka ialah kualiti perkhidmatan yang kurang memuaskan dan kegagalan menggunakan meter. Sekiranya dua masalah ini tidak ditangani terlebih dahulu, penggunaan aplikasi peranti pintar ini akan hanya menjadi usaha yang sia-sia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Seumpama Uber Akan Dibangunkan Oleh SPAD Untuk Perkhidmatan Teksi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info