Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Catatan Nota Dari Pembangun WordPress, SimpleNote Hadir Ke Windows

Pada platform Windows, terdapat pelbagai aplikasi dan perisian yang memudahkan para pengguna mencatatkan nota dan merujuknya pada kemudian hari. Terkini, pembangun WordPress iaitu Automattic turut telah memperkenalkan aplikasi catatan nota mereka tersendiri, iaitu SimpleNote untuk pengguna Windows.

Simple Note

Simple Note telah diperkenalkan beberapa tahun lepas yang menawarkan kemudahan kepada pengguna peranti mudah-alih mencatatkan nota. Kini, dengan penawaran untuk platform Windows, pengguna turut boleh membuat catatan pada komputer mereka, dan kemudian mengaksesnya pada peranti mudah-alih atau pada Mac dan Linux.

Pada Simple Note, ia turut menyertakan beberapa fungsi khusus, termasuk kebolehan menambah tag untuk memudahkan carian pada kemudian hari. Disamping, ia juga membolehkan anda menjemput pengguna lain untuk berkolaborasi untuk sesuatu nota.

SimpleNote ditawarkan dibawah lesen sumber terbuka, dimana bagi anda yang berminat, anda turut boleh mengakses kod sumber aplikasi berkenaan. Tetapi, sekiranya anda hanya berminat dengan penggunaan ia untuk aktiviti harian, ia boleh dimuat-turun secara percuma hari ini untuk pelbagai platform.

Muat-Turun Simple Note



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Catatan Nota Dari Pembangun WordPress, SimpleNote Hadir Ke Windows"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info