Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Anda Kelak Boleh Menonton Perlawanan Dota 2 Dalam Paparan Realiti-Maya

Permainan Dota 2 merupakan salah satu permainan popular di seluruh dunia, dan ia merupakan salah satu fokus utama dalam arena e-sukan. Terkini, Valve memperlihatkan sebuah video ringkas untuk permainan Dota 2 – dan menariknya ia dilihat dalam bentuk realiti-maya.

Daripada apa yang dipertontonkan, pengguna boleh menonton perlawanan Dota 2 dalam sebuah teater maya, dan pada masa yang sama mengawal beberapa elemen, termasuk melihat statistik pemain dan sebagainya.

Valve tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan dengannya, dan memandangkan video ini diterbitkan pada laman Steam VR serta memperlihatkan alat kawalannya secara ringkas, maka mungkin ini khusus untuk Steam VR sahaja untuk pengenalan.

Mungkinkah kelak, pada The Internationals 2016 tahun ini, kita akan melihat Valve menawarkannya sebagai salah satu pilihan untuk pengguna menonton perlawanan Dota 2 melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Anda Kelak Boleh Menonton Perlawanan Dota 2 Dalam Paparan Realiti-Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info