Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Memperkenalkan Periuk Nasi Pintar Untuk Memudahkan Semua Memasak

Xiaomi telah memfokuskan kepada ekosistem pintar sejak daripada sebelum ini, dimana mereka telah memperkenalkan beberapa produk pintar mereka untuk kegunaan harian – daripada lampu, penimbang berat, penapis air, penapis udara, dan sebagainya.

Kini, dalam memudahkan pengguna mengenal Mi Ecosystem, mereka menjenamakannya sebagai MiJia, dan sebuah produk baru diperkenalkan dibawah kelarga berkenaan, iaitu sebuah periuk nasi pintar berasaskan pemanasan induksi, Mi Induction Heating Pressure Rice Cooker.

Xiaomi Periuk Nasi

Memasak nasi merupakan salah satu aktiviti harian biasa dikalangan pengguna di Asia, dan Xiaomi sebagai jenama dari Asia tidak ingin ketinggalan dalam menawarkannya. Xiaomi seperti biasa tekankan kepada rekaan Mi Induction Heating Pressure Rice Cooker ini, dan pada masa yang sama ia diintegrasikan dengan sokongan pintar melalui kawalan menggunakan telefon pintar.

Xiaomi mengatakan mereka menyediakan lebih 2450 kaedah memanaskan dan memasak nasi menggunakan periuk nasi mereka – membolehkan pengguna hanya memilihnya menggunakan telefon pintar, dan periuk nasi berkenaan akan memasak bergantung kepada pilihan tersebut. Pengguna juga turut dikatakan boleh mengawal kadar kelembutan nasi yang dimasak, dan turut mengawal periuk nasi berkenaan dari mana-mana melalui sambungan internet. Sebagai contoh, anda boleh panaskan atau masak nasi ketika keluar dari pejabat, dan ia tersedia kepada anda apabila tiba dirumah.

Xiaomi Periuk Nasi

Xiaomi Periuk Nasi

Mi Induction Heating Pressure Rice Cooker ini akan dijual pada harga ¥999 di China, dan seperti produk Mi Ecosystem sebelum ini, mungkin ia agak sukar untuk melihatnya dipasarkan di luar China.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Periuk Nasi Pintar Untuk Memudahkan Semua Memasak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info