Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Menamatkan Milk Music Untuk Gantikan Dengan Tidal

Desas-desus berkaitan dengan Samsung dan Tidal bukan sesuatu yang baru. Terkini, sebuah laporan baru hadir mengatakan pihak Samsung mungkin menghentikan operasi Milk Music – perkhidmatan penstriman muzik mereka untuk digantikan dengan perkhidmatan penstriman Tidal.

Pihak Samsung sebelum ini telah bertemu dengan Tidal beberapa kali – sekaligus membawa kepada spekulasi syarikat gergasi Korea Selatan berkenaan mungkin mengambil-alih syarikat penstriman muzik yang memfokuskan kepada audio berkualiti tinggi.

Menurut laporan sama, Samsung mungkin sama ada mengambil-alih Tidal, ataupun bekerjasama dengan Tidal sebagai ganti kepada Milk Music.

Pihak Samsung sendiri telah mengeluarkan komen berkaitan laporan ini mengatakan mereka tiada perancangan untuk mengambil-alih Tidal, tetapi tidak memberikan sebarang komen berkaitan Milk Music.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Mungkin Menamatkan Milk Music Untuk Gantikan Dengan Tidal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info