Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Kini Membolehkan Anda Menambah Penerangan Pada Gambar Sebelum Tweet

Twitter telah menawarkan sokongan perkongsian gambar melalui Tweet sejak beberapa tahun yang lepas. Beberapa perubahan telah diperkenalkan padanya, termasuk sokongan penyuntingan – dan terkini Twitter membolehkan pengguna menambah penerangan sesuatu gambar sebelum gambar tersebut di Tweet.

Twitter Photos

Melaluinya, ia dilihat akan membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk memahami sesuatu Tweet yang hadir bersama dengan gambar – berbanding sebelum ini yang agak sukar untuknya.

Disamping itu, ini juga secara tidak langsung membolehkan pengguna memuatkan lebih daripada 140 aksara pada Tweet dengan membolehkan mereka Tweet dan menambah penerangan gambar secara berasingan.

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini – dan pengguna Android dan iPhone akan menerimanya terlebih dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Kini Membolehkan Anda Menambah Penerangan Pada Gambar Sebelum Tweet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info