Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Xperia Z5 Premium Dilaporkan Mengalami Masalah Selepas Kemas Kini Marshmallow

Kemas kini kepada Marshmallow membawa pelbagai fungsi baru seperti Google Now On Tap dan Doze yang mengurangkan penggunaan bateri secara mendadak. Ia mula diterima oleh pelbagai peranti yang sebelum ini menggunakan Lollipop. Tidak semua peranti nampaknya berfungsi dengan baik selepas kemas kini dilakukan. Pengguna Sony Xperia Z5 Premium kini melaporkan masalah yang mengakibatkan Google Play Store tidak boleh digunakan selepas peranti mula menggunakan Marshmallow.

Xperia Z5 MarshmallowIMG_0928Sony menyedari kewujudan masalah ini dan mengesyorkan pengguna melakukan beberapa perkara untuk menyelesaikannya. Penyelesaian pertama ialah mengemaskini mengguna perisian PC Companion Sony dan bukan secara OTA. Penyelesaian kedua pula ialah melakukan factory reset kepada peranti selepas kemas kini dilakukan. Kedua-dua penyelesaian ini bukanlah perkara yang ingin dilakukan oleh pengguna kerana kemas kini sepatutnya dilakukan tanpa masalah. Tambah mengecewakan, Z5 Premium ialah peranti utama dan paling mahal dijual oleh Sony. Sony Xperia Z5 edisi biasa dan kompak tidak pula mengalami masalah yang serupa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia Z5 Premium Dilaporkan Mengalami Masalah Selepas Kemas Kini Marshmallow"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info