Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Mengumumkan Inisiatif Kajian Dan Penyelidikan Baru – “Future Lab Program”

Kebanyakkan syarikat teknologi mempunyai bahagian pembangunan dan penyelidikkan mereka tersendiri, dan pihak Sony turut tidak ketinggalan. Selain daripada pusat penyelidikkan sedia ada, terkini, Sony turut mengumumkan inisiatif baru dinamakan “Future Lab Program”.

Melalui inisiatif baru ini, Sony ingin lebih bekerja terus dengan para pengguna dalam pembangunan produk atau peranti konsep – sejak daripada peringkat awal lagi. Sony mengatakan mereka akan mendapatkan inspirasi, maklumbalas dan sebagainya dalam pembangunan projek dibawahnya.

Projek pertama dibawahnya akan dikenali dengan nama “N” yang mana akan memfokuskan kepada pembangunan antaramuka pengguna bebas tangan – dimana membolehkan pengguna mengawal dan mendengar lagu serta bunyi tanpa perlu memasukkan sebarang objek dalam telinga. Sony mengatakan akan memperlihatkan projek ini kepada umum pada festival SXSW akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Mengumumkan Inisiatif Kajian Dan Penyelidikan Baru – “Future Lab Program”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info