Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan SSD Dengan Kapasiti Storan Terbesar Di Dunia – 15TB

Samsung Electronics mempunyai beberapa bahagian pembangunan komponen, dan hari ini mereka mengumumkan secara rasminya pengenalan SSD (Solid State Drive) dengan kapasiti storan terbesar di dunia, iaitu 15.36TB.

Samsung mengatakan ia dibangunkan dengan antaramuka SAS (Serial Attached SCSI) 12GB/s dan disasarkan untuk penggunaan storan perusahaan. Ia hadir dengan rekaan kompak bersaiz 2.5-inci – dan Samsung mengatakan ia boleh memuatkan hampir dua kali ganda cakera berbanding penggunaan cakera storan 3.5-inci.

Samsung berjaya memuatkan kapasiti storan sebesar berkenaan dengan mengabungkan 512 keping cip memori NAND 256GB. Samsung turut mengatakan ia turut hadir dengan sokongan perlindungan data dan perisian untuk mengembalikan data sekiranya terdapat gangguan bekalan elektrik.

Buat masa ini, ia hanya disasarkan kepada pengguna perusahaan – maka harga jualannya boleh dikatakan agak mahal.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan SSD Dengan Kapasiti Storan Terbesar Di Dunia – 15TB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info