Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rainpal – Sistem Pengelap Cermin Untuk Topi Keledar Motosikal

Penunggang motosikal ialah golongan yang paling berisiko tinggi ditimpa kemalangan ketika menggunakan jalan raya. Kemalangan boleh berlaku kerana kecuaian peribadi ataupun akibat dilanggar oleh pemandu lain. Oleh sebab itu pelbagai alat keselamatan telah dicipta untuk mengelakkan kecederaan kepada penunggang dan membuatkan penunggang lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Rainpal ialah ciptaan baru yang mengelap cermin pada topi keledar motosikal ketika hujan.

Rainpal-1

Ia hanya perlu dipasang pada bahagian cermin muka topi keledar dan beroperasi menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas menggunakan USB. Bateri ini membolehkan Rainpal beroperasi selama 90 minit di dalam mod pantas dan 180 minit sekiranya pengelap beroperasi setiap dua saat. Ia juga telah diuji dan akan kekal melekap pada top keledar sehingga kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Rainpal masih mengumpul dana dan dijual pada harga £49  (~RM 286) sebuah.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rainpal – Sistem Pengelap Cermin Untuk Topi Keledar Motosikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info