Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation VR Mungkin Dilanjutkan Untuk Digunakan Bersama PC

PlayStation VR masih belum mula dijual, dan hanya akan dimulakan sekitar bulan Oktober kelak. Namun, ia tidak menghentikan pihak Sony untuk bercakap mengenai perancangan lanjut mengenainya.

Daripada temuramah bersama Nikkei, Sony mengatakan terdapat kemungkinan untuk mereka melanjutkan penawaran PlayStation VR ke PC memandangkan kedua-duanya berkongsi bahagian dalaman yang lebih kurang sama.

Seperti biasa, pihak Sony hanya bercakap mengenai kemungkinan sahaja dari segi teknikal, dan ia tidak mustahil untuk melihatnya dilanjutkan ke pelbagai platform. Apatah lagi dengan kini pelbagai pihak menyasarkan arena realiti-maya dan ramai yang ingin memegang pasaran dalam arena berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation VR Mungkin Dilanjutkan Untuk Digunakan Bersama PC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info