Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengesan Lembapan Pada Samsung Galaxy S7 Mengelakkan Peranti Dicas Sekiranya Basah

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ialah peranti pertama Samsung yang mempunyai ketahanan kalis air IP68 walaupun port pengecasan MikroUSB yang digunakan terbuka. Ini berbeza dengan rekaan pintu tertutup pada Galaxy S5 dua tahun yang lalu. Samsung nampaknya meletakkan pengesan lembapan (moisture sensor) pada port pengecasan S7 ini bagi mengelakkan berlakunya litar pintas sekiranya air memasuki ruang ini.

Samsung Galaxy S7Apabila pengecas disambung, peranti tidak akan dicas selagi port ini masih belum kering. Peranti kemudian memberikan notifikasi peranti tidak akan dicas supaya pengguna tidak panik mengapa peranti gagal dicas. Selain memberikan notifikasi pengecasan, S7 juga akan memberitahu pengguna sekiranya kabel pengecas mereka tidak mematuhi piawaian Samsung. Dengan sistem ini masalah peranti meletup kerana voltan berlebihan akibat kabel kurang berkualiti dapat dielakkan. Ini adalah inovasi yang memastikan kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan teruk pada peranti dan renjatan pada pengguna tidak akan berlaku.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengesan Lembapan Pada Samsung Galaxy S7 Mengelakkan Peranti Dicas Sekiranya Basah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info