Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opp Hadir Dengan Teaser Untuk F1 Plus – Pengimbas Cap Jari Dan Skrin Lebih Besar

Tahun lalu Oppo menghasilkan tiga peranti di dalam keluarga R7. Kemudian hanya beberapa minggu yang lalu Oppo R9 dan R9 Plus pula dilancarkan, dua peranti yang berkongsi nama tetapi menggunakan dua pemproses berbeza. Kini muncul pula teaser untuk F1 Plus yang nampaknya membawa sokongan pengimbas cap jari. Teaser ini muncul pada laman Facebook Oppo Indonesia.

Oppo F1 NoraUra-ura mengatakan Oppo F1 Plus akan mempunyai skrin 5.5″ HD penuh, peningkatan dari 5.0″ 720P pada versi F1 asal. Ia turut akan dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte dan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 616 (berbanding Snapdragon 615 pada F1) . Kemampuan kamera masih lagi 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 8 Megapixel pada bahagian hadapan. Harga jualan dianggarkan sekitar $396 (~RM 1565).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opp Hadir Dengan Teaser Untuk F1 Plus – Pengimbas Cap Jari Dan Skrin Lebih Besar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info