Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC 2016 : Lenovo Vibe K5 Plus

Pada acara Mobile World Congress yang lalu Lenovo telah membuka reruai dan mempamerkan peranti terkini. Salah satunya adalah Lenovo Vibe K5 Plus, penawaran terbaru mereka dalam keluarga Vibe. Lenovo baru-baru ini turut menyatakan jenama Moto hanyalah untuk peranti kelas tinggi keluaran mereka, manakala jenama Vibe untuk kelas pertengahan maka tiada lagi nama Vibe akan kedengaran pada peranti berspesifikasi tinggi dari mereka.

Lenovo Vibe K5 Plus
Skrin 5-inci 1080p
Pemproses Snapdragon 616 1.7 GHz octa-core
Memori 2GB RAM
Storan 16GB + Kad Mikro-SD Sehingga 32GB
Kamera Utama 13 MP / Rakaman Video 1080p
Kamera Depan 5 MP
Sistem Android 5.0
Bateri 2,750 mAh

Berdasarkan pada rekaan, Lenovo Vibe K5 Plus hadir dengan rekaan terkini yang mengetengahkan Unibody dengan bateri yang tidak boleh ditanggalkan. Namun satu perkara yang kurang digemari adalah ketebalannya. Pada masa sekarang dimana pelbagai pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan telefon yang nipis dan pipih yang membuatkan ianya ringan, ketebalan Lenovo Vibe K5 Plus ini adalah sekitar 8mm, menghampiri kepada ketebalan Sony Xperia. Mungkin ini lebih kepada pendapat peribadi penulis.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Vibe K5 Plus ini merupakan telefon pintar dengan paparan skrin bersaiz 5-inci 441 ppi dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 616 1.7GHz empat-teras dengan 2GB RAM. Bagi kapasiti storan, ia disertakan dengan 16GB yang tersedia pada peranti ini, dan boleh ditambah dengan kad Mikro-SD. Namun sedikit mengecewakan adalah had kad Mikro-SD adalah sebanyak 32GB. Untuk tahun 2016, had kapasiti storan sebanyak 32GB adalah sedikit, dan tidak membolehkan pengguna untuk menyimpan lebih banyak fail dan media yang boleh dibawa bersama.

MWC2016 - Lenovo K Plus IMG_9962 MWC2016 - Lenovo K Plus IMG_9971 MWC2016 - Lenovo K Plus IMG_9968

Untuk kamera, Lenovo Vibe K5 Plus ini menyertakan kamera dengan sensor 13 MP autofokus dengan lampu LED Flash yang kelihatan sedikit jauh daripada lensanya. Kamera ini juga mampu merakam video 1080p 30fps dan mempunyai fungsi pengecaman muka. Untuk kamera hadapannya pula ia mempunyai sensor 5MP tanpa LED Flash. Untuk kapasiti bateri pula, ia mempunyai bateri sebesar 2750 mAh dan tidak boleh diganti.

Sebagai telefon berspesifikasi pertengahan, dalam memberikan lebih nilai kepada pengguna Lenovo Vibe K5 Plus turut boleh dimuatkan dengan dua kad-SIM. Sedikit kekurangan pada telefon ini adalah sewaktu kebanyakan telefon baru yang hadir di acara Mobile World Congress ini beroperasi menggunakan Android Marshmallow, telefon ini masih menggunakan Android Lollipop. Mungkin kemaskini Android Marshmallow bakal menyusul namun tidak diketahui bila ia akan hadir kepada pengguna.

MWC2016 - Lenovo K Plus IMG_9966 MWC2016 - Lenovo K Plus IMG_9979

Buat masa ini tiada sebarang kata putus bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan, apatah lagi Lenovo K4 Note baru memasuki pasaran tempatan. Selain dari Lenovo Vibe K5 Plus, Lenovo juga turut menghasilkan Vibe K5 pada spesifikasi yang lebih rendah, yang menggunakan cip Snapdragon 415 dan resolusi 720p.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC 2016 : Lenovo Vibe K5 Plus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info