Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MIUI Global Beta ROM Berasaskan Marshmallow Kini Boleh Dimuat Turun

Peranti buatan Xiaomi memang sedang hangat di pasaran kerana harganya yang amat mampu milik. Kekurangan yang wujud ialah ia amat sukar untuk dibeli dan masih menggunakan sistem operasi Android yang tidak terkini. Ramai pengguna Xiaomi masih menanti kemas kini ke Android Marshmallow dan penantian ini amat memenatkan.

Android 6.0 MarshmallowKepada yang enggan menanti lebih lama, Xiaomi sudah mengeluarkan MIUI Global Beta ROM 6.3.17  yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow mereka dan ia boleh dimuat turun sekarang. ROM ini boleh digunakan oleh peranti Mi 3, Mi 4 dan Mi Note sahaja buat masa ini. Dengan wujudnya ROM Beta ini, penantian kemas kini rasmi pastinya akan hadir dalam masa terdekat. Setakat ini hanya Xiaomi Mi 5 menggunakan Android Marshmallow secara rasmi. Pautan muat turun ROM ini kami lampirkan di bawah. Selamat mencuba.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MIUI Global Beta ROM Berasaskan Marshmallow Kini Boleh Dimuat Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info