Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Pernah Merancang Untuk Menawarkan $8 Bilion Untuk Aplikasi Slack

Slack merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang semakin popular dari hari ke hari – terutamanya di kalangan pengguna perniagaan, dan mereka yang mementingkan kolaborasi. Dengan popularitinya – yang mana mempunyai sekitar 2.3 juta pengguna aktif, ia turut menjadi sasaran untuk beberapa syarikat mendapatkannya.

SlackMengikut laporan terbaru, ia dikatakan Microsoft pernah berbincang secara dalaman untuk mengambil-alih Slack pada nilai mencapai $8 bilion. Tetapi perkara tersebut tidak menerima sokongan ramai – terutamanya daripada Bill Gates dan Satya Nadella.

Ia dikatakan Bill Gates sendiri inginkan lebih fokus diberikan kepada perkhidmatan Skype dibawah mereka, berbanding pengambil-alihan Slack ini.

Microsoft sendiri agak aktif dalam pengambil-alihan beberapa aplikasi yang lebih memfokuskan kepada kolaborasi dan perusahaan – maka perancangan untuk mendapatkan Slack ini mungkin sesuatu yang dijangka ramai. Namun, langkah Microsoft memfokuskan kepada Skype juga mungkin ada kelebihannya tersendiri.

Seperti biasa, pihak Microsoft dan Slack tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan terbaru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Pernah Merancang Untuk Menawarkan $8 Bilion Untuk Aplikasi Slack"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info