Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MaxisONE Home Diperkenalkan Dengan Maxperts Untuk Menawarkan Perkhidmatan Dan Pengalaman Baik

Maxis hari ini telah mengumumkan pakej jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, dan buat pertama kalinya mereka menawarkan ia dengan khidmat sokongan yang dinamakan sebagai Maxperts.

Maxperts

Melalui Maxperts, ia membolehkan para pengguna untuk mendapatkan khidmat pelanggan terbaik – termasuk untuk pemasangan, memastikan anda menikmati perkhidmatan internet yang baik di rumah, termasuk bantuan dari segi penggunaan router, repeater dan sebagainya. Maxperts juga akan menganalisa kawasan rumah untuk memastikan anda mendapatkan liputan menyeluruh di rumah mereka tanpa masalah.

Perkhidmatan pelanggan dan konsultansi Maxperts ini ditawarkan pada harga RM188 kepada mereka yang tidak melanggan pakej MaxisONE Home, dan bagi mereka yang melanggannya, ia adalah percuma.

MaxisONE Home

Dari segi penawaran pakej, MaxisONE Home menawarkan kelajuan bermula 20Mbps pada harga bermula RM170, dan 30Mbps pada harga langgan bermula RM220 sebulan. Pakej 100Mbps pula adalah terhad kepada pelanggan MaxisONE Plan 158 dan keatas, dan MaxisONE Business, dan ia ditawarkan pada langganan RM330 sebulan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MaxisONE Home Diperkenalkan Dengan Maxperts Untuk Menawarkan Perkhidmatan Dan Pengalaman Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info