Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lightning Strike – Pesawat Dengan 24 Kipas Memenangi Kontrak Pesawat VTOL DARPA

Terdapat banyak teknologi moden yang dinikmati sekarang boleh dikesan asal usulnya pada projek-projek kelolaan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). DARPA dibentuk pada tahun 1958 sebagai jawapan kepada pelancaran Sputnik oleh Kesatuan Soviet. Pihak tentera dan kerajaan Amerika Syarikat risau mereka akan ketinggalan dari segi teknologi jika badan khas tidak dibentuk bagi mengkaji teknologi baru dengan pantas. Ketakutan serangan nuklear memusnahkan sistem pertahanan menjurus kepada bermula projek ARPANET yang merupakan leluhur kepada internet sekarang. DARPA masih wujud dan terus menyalurkan dana bagi mengkaji teknologi yang boleh dianggap gila.

Aurora-Lighing-Strike-3

Lightning Strike oleh Aurora ialah projek terkini yang memenangi kontrak DARPA. Pesawat ini akan digunakan bagi menguji sistem penerbangan dan pendaratan secara menegak (VTOL) menggunakan sistem kipas yang terbina di dalam sayap pesawat. Lightning Strike mempunyai rekabentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia mempunyai empat pasang sayang yang mempunyai 24 kipas terselit di antaranya.

Apabila perlu terbang menegak, sayap berputar 90 darjah dan tujahan dari kipas berkuasa elektrik akan menolak pesawat terbang ke secara menegak. Apabila sampai pada ketinggian tertentu, sayap kembali ke kedudukan mendatar dan pesawat terbang seperti biasa. Ini berbeza dari sistem kipas seakan helikopter Bell Boeing V-22 Osprey dan enjin dipasang menegak pada Lockheed Martin F-35B Lighining II yang telahpun digunakan tentera Marin Amerika Syarikat.

Hanya sebuah enjin turbofan keluaran Rolls Royce diperlukan untuk menerbangkan Lightning Strike. Enjin turbofan ini membekalkan kuasa kepada tiga generator elektrik keluaran Honeywell. DARPA meletakkan had pesawat perlu mampu terbang sehingga 400 knot, meningkatkan kemampuan pesawat mengapung dan mengurangkan jumlah tenaga untuk melakukan apungan berbanding teknologi yang wujud sekarang.

Sepintas lalu Lighing Strike kelihatan seperti pesawat fantasi dari permainan video Ace Combat. Peswat ini dijangka melakukan penerbangan pertama seawal 2018.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lightning Strike – Pesawat Dengan 24 Kipas Memenangi Kontrak Pesawat VTOL DARPA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info