Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 100 Juta Pengguna Seluruh Dunia Kini Memainkan Permainan Supercell Setiap Hari

Supercell merupakan penerbit permainan mudah-alih popular, dimana antara jenama permainan dibawah mereka adalah termasuk Clash of Clans, Boom Beach, Hay Day dan juga yang paling terkini, Clash Royale.

Permainan keluaran Supercell ini mempunyai peminatnya tersendiri, malah ramai yang aktif mainkannya sehingga ke hari ini, walaupun permainan berkenaan telah dikeluarkan beberapa tahun lepas.

Terkini, berkongsi mengenai pencapaian terkini, Supercell mengatakan mereka mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif setiap hari yang memainkan pemainan mereka.

Kebanyakkan permainan Supercell hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi dan tidak menyertakan iklan. Keupayaan memainkan ia secara multiplayer dan ciri-ciri komuniti yang disertakan boleh dikatakan antara salah satu sebab mengapa ia masih aktif dimainkan dan mempunyai peminat setianya tersendiri.

Adakah anda turut merupakan seorang pengguna aktif yang memainkan permainan Supercell setiap hari?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 100 Juta Pengguna Seluruh Dunia Kini Memainkan Permainan Supercell Setiap Hari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info