Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lazada Mengambil Pra-Tempahan Untuk Lumia 650 Pada Harga RM 899

Microsoft mungkin tidak akan menumpukan perhatian mereka pada Windows 10 Mobile tahun ini tetapi peranti mereka masih akan dijual kepada pelanggan yang berminat. Kepada yang merasakan Lumia 950 XL dan 950 adalah di luar kemampuan mereka, Lumia 650 ialah peranti yang pasti dinantikan.

Pra-tempahan untuk Lumia 650 kini dibuka menerusi Lazada pada harga RM 899. Ia akan mula dijual bermula 11 April hadapan. Lazada turut memberikan satu tiket pergi balik percuma ke Phuket bernilai RM400 kepada mereka yang melakukan pra-tempahan peranti ini.

Microsoft Lumia 650Lumia 650 hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci OLED, dan menggunakan rekaan berasaskan logam – sekaligus membawakan rekaan berbentuk peranti premium pada telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan untuk Windows 10 Mobile.

Untuk rakaman gambar, Lumia 650 menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman-luas, serta kamera belakang 8-megapixel.

Dari segi pemprosesan, ia dijana menggunakan Snapdragon 212, yang mana mungkin tidak digemari ramai pengguna memandangkan prestasinya yang agak terhad.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lazada Mengambil Pra-Tempahan Untuk Lumia 650 Pada Harga RM 899"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info