Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Pusat Data Pencakar Langit Menggunakan Sistem Penyejukan Mesra Alam

Jumlah muat naik ke atas talian dijangka mencecah 1 Zettabyte (1 Trillion Terabyte) menjelang 2017. Bagi menampung data yang semakin besar, pusat data dibina dan kesemuanya terletak di dalam bangunan mendatar. Saiz ruangan lantai pusat data ialah diantara 35000 hingga 100000 meter persegi dan ini mengambil ruang tanah yang besar. Disamping ruang tanah, pusat data juga menggunakan bekalan elektrik yang tinggi bagi menyejukkannya.

Evolo-Tower-Pusat-Data-2Apa yang anda lihat di atas ialah konsep pusat data pencakar langit yang mencecah ketinggian 300 meter. Dengan membinanya sebagai sebuah bangunan pencakar langit, ruangan tanah yang diperlukan adalah jauh lebih kecil. Menara ini juga dicadangkan dibina di Iceland dan menggunakan hawa sejuk semula jadi negara ini bagi menyejukkan pusat data. Tiada sistem hawa dingin yang kompleks dan memakan tenaga yang tinggi diperlukan. Lokasi ini turut dipilih kerana terletak di antara benua Eropah dan Amerika Syarikat, dua benua yang memuat naik jumlah data terbesar di dunia.

Konsep pusat data pencakar langit ini dihasilkan oleh Valeria Mercuri dan Marco Merletti dan memenangi tempat ketiga pertandingan rekabentuk tahunan Evolo. Dengan rekaan seperti ini mereka berharap melayari internet juga akan menjadi lebih mesra alam, selari dengan trend terkini untuk mengurangkan pencemaran oleh manusia.

Evolo-Tower-Pusat-Data-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Pusat Data Pencakar Langit Menggunakan Sistem Penyejukan Mesra Alam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info