Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Klien BitTorrent Popular Pada OS X Dan Linux, Transmission Turut Hadir Ke Windows

Pada platform OS X dan Linux, salah satu perisian klien BitTorrent yang popular adalah Transmission. Kini, perisian sumber terbuka berkenaan turut telah dibangunkan untuk platform Windows, dan versi pertamanya sedia untuk dimuat-turun.

transmissionTransmission untuk Windows ini menawarkan pelbagai ciri-ciri seumpama pada platform lain, dan turut mengekalkan rekaan yang minimalis. Seperti biasa, ia hadir dengan saiz perisian yang kecil, iaitu sekitar 25MB, dan turut bebas daripada iklan – berbeza dengan klien BitTorrent yang lain.

Buat masa ini, pihak Transmission masih tidak menyenaraikannya pada laman utama mereka. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ia secara terus daripada halaman direktori Transmission dan memasangnya pada komputer Windows anda.

Muat-Turun Transmission untuk Windows (transmission-2.92-x86.msi)



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Klien BitTorrent Popular Pada OS X Dan Linux, Transmission Turut Hadir Ke Windows"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info