Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Honor 5X? – Peranti Berkualiti Pada Harga Hanya RM899

Honor 5X telah dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lepas, dan ia telah mula dijual sejak beberapa minggu yang lepas. Kebanyakkan pengguna masih berkira-kira untuk mendapatkannya, dan sekiranya anda masih belum jatuh hati untuk membelinya, ini mungkin beberapa sebab mengapa anda perlu memilih peranti berkenaan.

Peranti Dengan Rekaan Logam Pada Harga Bawah RM1000? Ya – Honor 5X Hanya RM899

honor 5x

Di pasaran pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar dengan rekaan logam atau lebih digelarkan premium adalah berharga melangkaui RM2000 – malah peranti premium daripada Apple dan Samsung berharga melangkaui RM3000. Honor sebaliknya menawarkan ia pada harga bawah RM1000, iaitu hanya RM899.

Ia turut menawarkan skrin yang besar – bersaiz 5.5-inci, dan dilengkapi Snapdragon 615, serta memori 2GB RAM.

Pengimbas Cap Jari Pada Peranti Bawah RM1000?

Honor 5X

Bukan setakat rekaan premium sahaja, tetapi pihak Honor turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada peranti mereka.

Di pasaran, anda boleh kira berapa banyak peranti sahaja yang menawarkan sokongan pengimbas cap jari. Menariknya, pada Honor 5X, ia turut hadir dengan pengimbas cap jari yang lebih pantas berbanding beberapa peranti flagship lain di pasaran. Dengan harganya yang murah, dan penawaran sekuriti dan pengimbas cap jari terbaik di pasaran – ia semestinya salah satu pilihan telefon pintar yang terbaik untuk anda.

Aktif Pada Dua Rangkaian Telefon – Dan Meluaskan Storan Dengan Kad Mikro-SD

Honor 5X

Ketika kebanyakkan pengeluar mengunakan ruangan SIM berbentuk hibrid, pihak Honor masih mengekalkan ruangan mikro-SD dan kad-SIM secara berasingan. Kedua-dua SIM juga adalah aktif, membolehkan anda kekal berhubung sepanjang masa tanpa masalah.

Disamping itu, bagi anda yang inginkan storan tambahan untuk menyimpan media, gambar, dan sebagainya – Honor 5X menawarkan ruangan storan yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD.

Rakam Gambar Berkualiti Menggunakan Kamera 13-Megapixel

Honor 5X

Kamera telah menjadi salah satu fokus utama ramai ketika membeli telefon. Honor 5x tidak mengecewakan anda, dan ia menawarkan kamera belakang 13-megapixel yang hadir dengan pelbagai mod rakaman menarik untuk digunakan. Anda boleh merakamkan gambar yang jelas menggunakannya, malah, menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, rakaman selfie yang baik dan memukau hati turut boleh dilakukan.

Telefon Yang Tahan Lasak

Bagi anda yang inginkan telefon yang tahan lasak – dimana masih mampu bertahan selepas melalui siri letupan mercun diatasnya, mungkin Honor 5X adalah pilihan terbaik untuk anda.


Honor 5X dijual melalui VMall, dan mungkin anda perlu bergerak pantas hari ini untuk membuat tempahannya sebelum stoknya habis dan anda tidak dapat menikmati pelbagai ciri-ciri yang dibawakan olehnya.

Layari : VMall

Advertorial daripada Honor Malaysia



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kenapa Anda Perlu Dapatkan Honor 5X? – Peranti Berkualiti Pada Harga Hanya RM899"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info