Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Tidak Akan Mengubah Garis Masa Mereka Buat Masa Ini

Instagram telah mengumumkan pada awal bulan ini yang mana mereka akan mula mengimplementasikan paparan garis masa berdasarkan kepada algoritma, berbanding dengan paparan berdasarkan kepada kronologi.

Instagram Notifikasi

Ramai yang tidak begitu menyukai perubahan tersebut, dan sejak semalam, ramai yang telah mula meminta rakan-rakan Instagram mereka yang lain mengaktifkan sokongan notifikasi supaya tidak terlepas sebarang perkongsian gambar daripada mereka.

Instagram sendiri sebelum ini telah mengatakan mereka akan memulakan ujian dalam beberapa bulan yang akan melibatkan sejumlah kecil pengguna. Mungkin ada yang diantaranya telah menerimanya sekaligus menimbulkan panik dikalangan pengguna lain.

Selepas ramai pengguna yang berkongsi di Instagram untuk meminta pengguna mengaktifkan notifikasi, pihak Instagram sendiri telah berkongsi mengatakan mereka tidak mengubah sebarang perkara lagi pada garis masa, dan akan berkongsi lebih lanjut apabila perubahan tersebut mula diperkenalkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Tidak Akan Mengubah Garis Masa Mereka Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info