Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Meningkatkan Had Perkongsian Video Dari 15 Saat Kepada 60 Saat

Instagram telah memperkenalkan sokongan perkongsian video pada platform mereka beberapa tahun yang lepas, tetapi ia hanya terhad kepada 15 saat sahaja. Hari ini, mereka membawa perubahan kepada fungsi tersebut, dan membolehkan pengguna untuk berkongsi video yang lebih panjang melalui platform Instagram.

Melalui pembaharuan baru yang akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua ini, Instagram akan membolehkan pengguna memuat-naik video sehingga 60 saat lamanya. Ini sekaligus membolehkan pengguna berkongsi kisah yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Disamping fungsi ini, Instagram juga kini memudahkan pengguna membuat video melalui pelbagai klip berlainan dan mengabungkan serta menyunting melalui aplikasi mereka. Namun, fungsi ini hanya terhad kepada pengguna iOS sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Meningkatkan Had Perkongsian Video Dari 15 Saat Kepada 60 Saat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info