Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Inilah Teknik Menyeludup Kad MikroSD Di China

Kad MikroSD, keperluan ataupun aksesori tambahan? Secara peribadi kami tidak menggunakannya kerana sering menggunakan peranti yang berkapasiti dan tidak memuat turun banyak aplikasi. Harga jualan kad MikroSD masih lagi mahal dan ini mungkin menyebabkan seorang lelaki China menyeludupnya masuk dari Hong Kong. Lelaki yang identitinya tidak didedahkan ini berjaya diberkas pihak berkuasa China di Shenzen ketika cuba menyeludup 9000 kad MikroSD.

Seludup-kad-MikroSD

Nilai kad yang cuba diseludup ialah sekitar 100000 RMB (~RM 63178). Kesemua kad dibalut pada bahagian betis dan paha seakan-seakan sepasang seluar zirah adiwira. Walaupun kad MikroSD dibuat di China, harga jualannya masih lebih mahal berbanding di Hong Kong. Ramai cuba mencari keuntungan lebih dengan menyeludup barangan elektronik dan peranti dari Hong Kong sebelum menjualnya semula. Sekiranya anda di dalam situasi lelaki ini, adalah anda sanggup memakai “seluar kad MikroSD” semata-mata untuk keuntungan ketika berniaga?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Inilah Teknik Menyeludup Kad MikroSD Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info