Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Ialah Senarai Harga Jualan Final Fantasy XV Di Malaysia

Semalam demo terkini Final Fantasy XV diperlihatkan dan boleh dimuat turun oleh peminat siri ternama ini. Turut diperlihatkan ialah pelbagai edisi khas yang mensasarkan golongan peminat tegar. Harga jualan permainan ini untuk pasaran tempatan kini diketahui dan ia mencecah ribuan ringgit.

Final-Fantasy-XV-Ultimate Kepada yang berminat pra-tempahan permainan yang akan mula dijual 30 September ini sudah boleh dilakukan sekarang menerusi stokis rasmi PlayStation berhampiran anda. Senarai lengkap harga adalah seperti berikut.

  • Final Fantasy XV Standard Edition (RM259)
  • Final Fantasy XV Deluxe Edition (RM399)
  • Final Fantasy XV Ultimate Collector’s Edition (RM1399)

Edisi Deluxe Edition hadir dengan cakera Blu-ray filem animasi Final Fantasy XV Kingsglaive. Edisi Ultimate Collector’s Edition pula hadir dengan figura aksi watak Noctis, cakera Blu-ray FF XV Kingsglaive, cakera Blu-ray FF XV Brotherhood, cakera audio Blu-Ray runut bunyi permainan dan sebuah buku dengan koleksi lukisan konsep FF XV.  Senarai lengkap dimanakah anda boleh melakukan pra tempahan edisi fizikal boleh didapati dari laman mini FF XV Malaysia pada pautan di bawah.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Ialah Senarai Harga Jualan Final Fantasy XV Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info