Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mate 8 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Mate 8. Ia hadir dalam dua variasi, iaitu Huawei Mate 8 Standard dan juga Huawei Mate 8 Premium.

Seperti beberapa peranti Huawei sebelum ini, Mate 8 turut hadir dengan rekaan yang premium berasaskan kepada logam, dan turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Melengkapkan peranti bersaiz 6-inci ini adalah cip pemprosesan Kirin 950 dan bateri berkapasiti 4000mAh. Huawei mengatakan telefon pintar ini mampu menawarkan masa penggunaan selama 2 hari lamanya dengan bateri berkapasiti besar berkenaan, dan turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Huawei Mate 8

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti biasa pelbagai fungsi penuras dan rakaman khusus disertakan pada telefon pintar ini.

Huawei Mate 8 dengan memori 3GB RAM, dikenali juga sebagai Huawei Mate 8 Standard akan dijual pada harga RM2099, sementara Huawei Mate 8 dengan memori 4GB RAM – yang turut dikenali dengan nama Huawei Mate 8 Premium ditawarkan pada harga RM2399.

Huawei Malaysia akan memulakan jualannya pada 11 Mac ini, dan 88 pembeli pertama di KLCC akan menerima Huawei Talkband B2 secara percuma.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate 8 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info