Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google AdWords Express Dilancarkan Di Malaysia – Buat Iklan Dengan Lebih Pantas

Sejak Google membuka pejabat di Malaysia, pelbagai perkara telah dibawakan ke pasaran tempatan. Pengguna kini dapat melihat jalan malah pesisiran pantai dengan StreetView, meletakkan perniagaan mereka di Google Maps menerusi Google My Business, dan bermacam lagi. Kini Google Malaysia melancarkan AdWords Express untuk kegunaan perniagaan tempatan.

Bagi anda yang kurang arif mengenainya, ia merupakan versi yang ringkas dan pantas serta lebih mudah berbanding AdWords, iaitu sistem pengiklanan dari Google. Jika anda pernah mencuba AdWords, boleh dikatakan ia sedikit rumit dan memerlukan pengguna memahami sedikit sebanyak teknik pemasaran internet. Malah ia agak kompleks, memerlukan pengguna mendalami ilmu bagi menggunakannya. Menerusi Google AdWords Express ia merupakan sistem pengiklanan AdWords yang telah dipermudahkan untuk pemilik perniagaan memulakan pengiklanan di internet.

AdWords Express IMG_0869 AdWords Express IMG_0848

Untuk memulakannya, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi AdWords Express pada peranti iOS dan Android. Pemilik perniagaan perlu memastikan maklumat berkenaan perniagaan mereka telah wujud menerusi Google My Business. Seterusnya pemilik perniagaan hanya perlu menetapkan kumpulan sasaran yang dapat melihat iklan tersebut, dari segi lokasi, masa dan juga kata kunci carian. Pemilik perniagaan juga boleh merangka bajet pengiklanan menerusi aplikasi ini.

Iklan yang dipaparkan seterusnya memudahkan pengguna yang melihat iklan tersebut untuk melihat lokasi, waktu operasi dan dengan hanya satu klik, pengguna boleh melawat laman web perniagaan tersebut, ataupun menghubungi perniagaan serta mendapatkan arah ke lokasi perniagaan tersebut. Bagi memulakan pengiklanan mudah ini, pemilik perniagaan boleh melawat laman web AdWords Express, atau memuat-turun aplikasinya di Apple Store dan juga Google Play Store.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google AdWords Express Dilancarkan Di Malaysia – Buat Iklan Dengan Lebih Pantas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info