Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Final Fantasy XV Akan Mempunyai Filemnya Tersendiri: Kingsglaive

Pelancaran Final Fantasy XV hari ini bukan sahaja memperlihatkan permainan video kepada umum, malah Square Enix juga mengumumkan sebuah filem grafik penuh yang diberikan nama Kingsglaive: Final Fantasy XV.

Diarahkan oleh Takeshi Nozue, yang juga pengarah kepada filem Final Fantasy sebelumnya, Final Fantasy VII: Advent Children, ia akan dibintangi oleh para pelakon suara seperti Lena Headey dan Sean Bean, yang terkenal sebagai watak Cersei Lannister dan Ned Stark dalam TV siri Game of Thrones dan Breaking Bad.

Plot perjalanan filem ini nanti akan berkisarkan tentang seorang watak yang bernama Noctis, yang mengembara keluar dari Crown City bersama tiga rakan mereka, ia juga akan mengisahkan tentang kisah ayahnya juga, iaitu King Regis, yang akan menceritakan tentang apakah yang akan terjadi kepada ayahnya setelah anaknya keluar mengembara.

Square Enix tidak mengumumkan bilakah tarikh filem ini akan keluar nanti, namun dijangka ia bakal dikeluarkan dalam sekitar tahun ini juga bagi mempromosi permainan Final Fantasy XV mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Final Fantasy XV Akan Mempunyai Filemnya Tersendiri: Kingsglaive"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info