Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Final Fantasy XV Akan Hadir Pada 30 September Untuk Xbox One & PlayStation 4

Hari yang sangat ditunggu oleh para peminat Final Fantasy seluruh dunia telah pun tiba, kerana Square Enix telah melancarkan permainan Final Fantasy XV mereka kepada umum dari acara mereka awal pagi tadi di bandar Los Angeles.

Square Enix mengumumkan bahawa tajuk permainan Final Fantasy XV akan dilancarkan seluruh dunia pada tarikh 30 September 2016. Permainan ini akan muncul pada dua model konsol sahaja, iaitu Xbox One dan PlayStation 4. Square Enix akan mengeluarkan dua edisi khas bagi permainan ini, iaitu Deluxe Edition dengan permainan tersebut, sebuah Blu-Ray untuk filem Kingsglaive, kandungan bonus didalam permainan, dan sebuah kasing untuk menempatkan cakera. Bagi edisi Ultimate Collector pula, ia akan ditambah lagi dengan sebuah buku seni, sebuah figura Play Arts, dan pelbagai lagi. Ia juga hanya akan dikeluarkan sebanyak 30,000 unit sahaja untuk seluruh dunia.

Kedua-dua edisi khas Deluxe dan Ultime Collector akan dibuka pra-jualannya pada sekitar jam 3 petang nanti di laman stor Square Enix.

Beli: Final Fantasy XV



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Final Fantasy XV Akan Hadir Pada 30 September Untuk Xbox One & PlayStation 4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info