Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menambah Integrasi Perkongsian Lagu Spotify Pada Messenger

Facebook Messenger telah beroperasi sebagai sebuah platform sejak daripada tahun lepas, dan pelbagai perkara telah ditambah pada perkhidmatan permesejan berkenaan. Terkini, Facebook turut mengumumkan pengenalan integrasi Spotify pada perkhidmatan permesejan berkenaan.

Facebook Spotify

Melalui integrasi ini, ia membolehkan pengguna menghantar lagu atau playlist kegemaran mereka daripada Spotify terus kepada rakan-rakan mereka di Facebook. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh dimainkan terus pada Facebook Messenger – sebaliknya memerlukan penerima turut mempunyai aplikasi Spotify terpasang pada peranti mereka. Pengguna yang menghantar juga terlebih dahulu perlu mempunyai Spotify terpasang pada peranti mereka.

Mungkin dengan perkembangan sihat Facebook Messenger, tidak mustahil untuk kita melihat perkongsian lagu yang boleh dimainkan terus hadir ke platform berkenaan pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menambah Integrasi Perkongsian Lagu Spotify Pada Messenger"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info