Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Meminta Maaf Atas Kesilapan Geolokasi Sistem Safety Check

Serangan pengebom membunuh diri di Lahore semalam mengakibatkan kematian lebih daripada 70 individu. Angka kematian dan kecederaan dijangka meningkat kerana serangan bacul ini dilakukan ketika sambutan hari Easter di Pakistan. Sejak 2014 , Facebook mengaktifkan sistem Safety Check yang membolehkan pengguna yang berada berhampiran kawasan serangan ataupun bencana alam melakukan daftar masuk bagi mengesahkan diri mereka adalah selamat.

SAFETY-CHECK-LAHORE-1Aneh sekali notifikasi Safety Check untuk serangan Lahore ini turut diterima oleh mereka yang berada beribu kilometer jauhnya. Pihak Facebook hari ini memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Menurut mereka ini adalah pepijat pada sistem pengesahan keselamatan mereka dan kita sudah diperbaiki bagi mengelakkannya dari berulang di masa hadapan? Adakah antara individu yang menerima notifikasi ini semalam?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Meminta Maaf Atas Kesilapan Geolokasi Sistem Safety Check"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info