Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Doogee Mengumumkan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia

Doogee merupakan satu lagi jenama dari China yang telah mula menawarkan peranti mereka di Malaysia sejak daripada tahun lepas. Terkini, mereka turut memperkenalkan sejumlah produk baru yang akan mula dijual di pasaran tempatan bermula hari ini.

Mencuri perhatian adalah telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada mereka, iaitu Doogee F7 Pro yang mana menggunakan skrin bersaiz 5.7-ini dengan paparan HD penuh, dan dijana menggunakan cip Helio X20. Ia menggunakan memori 4GB RAM seperti kebanyakkan telefon pintar flagship lain.

Doogee F7 Pro

Melengkapkan Doogee F7 Pro adalah kamera belakang 21-megapixel menggunakan sensor Sony. Telefon pintar ini juga hadir dengan bateri 4000mAh, dan menggunakan port pengecasahn USB Type C. Harga jualan untuk Doogee F7 Pro masih belum diumumkan, dan dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

Doogee T6

Disamping Doogee F7 Pro, pihak Doogee Malaysia turut memperkenalkan telefon pintar memfokuskan tenaga bateri yang lama, iaitu Doogee T6. Ia menggunakan skrin 5.5-inci dengan cip pemprosesan MediaTek MTK6735, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Dengan fokus terhadap bateri, pihak Doogee menyertakan bateri berkapasiti 6250mAh pada telefon pintar Doogee T6 ini. Doogee T6 ini dijual melalui laman Gemfive pada harga RM599.

Doogee Y200

Satu lagi telefon pintar yang diperkenalkan oleh mereka adalah Doogee Y200, yang mana lebih memfokuskan kepada penawaran peranti dengan sokongan pengimbas cap jari. Ia hadir menggunakan spesifikasi lebih kurang sama seperti Doogee T6, tetapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh dan kamera hadapan 8-megapixel. Doogee Y200 ini pula berharga Rm699 di Malaysia.

Disamping telefon pintar ini, Doogee turut memperkenalkan sebuah jam tangan pintar, iaitu Doogee S1 berharga RM599 – dan juga sebuah projektor bersaiz kecil, dinamakan sebagai Doogee Smart Cube P1 yang dijual pada harga RM999.

Doogee S1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Doogee Mengumumkan Tiga Telefon Pintar Baru Untuk Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info