Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Melancarkan Perkhidmatan Jalur Lebar LTE-A – Kelajuan 150 Mbps Bermula Dari RM 145 Sebulan

Sejak empat minggu kebelakangan ini terdapat banyak perubahan drastik di lakukan oleh pembekal perkhidmatan internet di Malaysia. Penawaran perkhidmatan internet berkelajuan pantas mula muncul pada harga yang lebih kompetitif berbanding sebelum ini. Digi hari ini melancarkan perkhidmatan jalur lebar LTE-Advance pertama di Malaysia. Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh menikmati kelajuan muat turun mencecah 150 Mbps.

Digi Broadband MobiFi Digi2-001Dua pakej baru ditawarkan iaitu Broadband 145 dan Broadband 185. Menerusi Broadband 145 pelanggan hanya perlu membayar RM 145 sebulan dengan kuota penggunaan 50 Gigabyte. Dengan pelan Broadband 185 pula pelanggan perlu membayar RM 185 sebulan dengan kuota penggunaan 100 Gigabyte. Berbeza dengan Broadband 145, pelanggan Broadband 185 masih boleh melayari internet selepas menggunakan kesemua kuota bulanan mereka tetapi pada kelajuan yang dihadkan.

Pengguna perlu membeli MobiFI generasi terkini mereka untuk menikmati perkhidmatan ini. Sekiranya anda hanya mahukan SIM, anda perlu memiliki peranti yang menyokong LTE Cat 6 seperti iPhone 6S, Samsung Galaxy S7 Edge dan Google Nexus 6P. Terdapat tawaran menarik kepada pelanggan Digi Postpaid sedia ada dimana mereka layak menerima diskaun RM25 untuk kedua-dua pakej di atas. Pelan Broadband 145 dan 185 boleh dilanggani bermula 1 April ini.

Digi-Broadband-MobiFi-3

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Melancarkan Perkhidmatan Jalur Lebar LTE-A – Kelajuan 150 Mbps Bermula Dari RM 145 Sebulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info